? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, June 13, 2009

Gengsterisme-Buli atau ikatan

Samseng, kaki pukul, gedebe...huhu semuanya lebih kurang jew.. yang penting asasnya inilah gengsterisma. Baru-baru ini timbul satu persoalan yang saya rasa agak menarik juga..huhu..berkaitan dengan gengsterisme.. Adakah hal ini merupakan satu ikatan ataupun buli. Tajuk ini dibangkitkan dalam satu rancangan Bspot yang ditayangkan di Tv9..dekat di hati setiap hari selasa jamm 10 malam...bukan nak promot rancangan tupon.. bagi slot baru2 ni, dengan tajuk gengsterisme, dua orang panel dijemput. Bersama moderator, farish aziz, seorang panel yang menyokong gengsterisme sebagai satu ikatan, sdra Idzhar Jumaili, seorang motivator yg juga merupakan ahli kumpulan Nowseeheart..dan seorang lagi panel yang menyokong gengesterisme sebagai buli, iaitu Rohazam Shah Ahmad,Ketua pemuda UMNO, Pasir Gudang. hmm agak hangat juga perbualan dan perbincangan topik ini pada malam itu, mana tidaknya, masing2 mempertahankan hujah dan pendapat masing2.

Rohazam dengan beberapa sebab mempertahankan pendiriannya dengan menyatakan gengsterisme ini merupan satu ikatan(brotherhood)..haha berdasarkan kata akar geng yang merujuk kepad asatu kumpulan atau yang cuba ditakrifkan sebagai satu jemaah..lebih menarik lagi pendapat yang dilontarkan apabila Rohazam menyatakan hal ini dapat dikaitkan dengan perintah Allah litaarafu...yang membawa maksud berkenal-kenallah..rasanya macam tak tepat pendapat tu..memanglah kita perlu kita berkenal-kenalan, tapi bukan untuk tujuan kejahatan sepertimana yang difimankan, tapi apa yang cuba dibawa sekadar menyatakan bahawa gengsterisme hanya sekadar kumpulkan atau geng. huh, sukar untuk saya terima, secara terus terang saya menyokong pendapat idzhar jumaili.

Ya, yes, naam, haik,

Saturday, May 2, 2009

Tanda-tanda hati mati

Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1)Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2)Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3)Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4)Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5)Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6)Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7)Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8)Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9)Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.


10)Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Friday, May 1, 2009

Bnayak kesan negatif filem seram..jawapan Ust. Haron Din

Banyak kesan negatif penyiaran filem seram
Dato' Dr Haron Din Mon Apr 27, 09 7:14:36 pm MYT
SOALAN: Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nian, Jangan Pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan The Seekers. Apakah filem-filem ini membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak? Mohon pandangan Dato'. - MOHD NIZAM ZAKARIA Rawang
Iklan




JAWAPAN: Secara peribadi, saya jarang sangat menonton filem atau drama yang anda nyatakan. Bagaimanapun, apabila mendengar nama-nama filem yang anda sebutkan, maka dapatlah saya bayangkan apa bentuk hidangan oleh penerbit kepada masyarakat, terutama orang Melayu-Islam.
Setiap filem pasti ada mesejnya. Mesej filem-filem tersebut, adalah hendak menarik penonton terperap di hadapan TV, melalui cerita-cerita rekaan hantu dan dongengan menakutkan.
Filem-filem sebegini, ramai yang tidak mahu menontonnya. Tetapi ada yang hendak tengok juga, terutama golongan remaja dan kanak-kanak.
Akhirnya, hasil daripada menonton cerita-cerita sebegini, yang tinggal dalam fikiran mereka adalah ketakutan, kegerunan, kerisauan dan perasaan berkecamuk.
Kanak-kanak terutamanya akan takut ke bilik air seorang diri tanpa ditemani.
Tidur malam takut apabila keseorangan. Keluar rumah pada malam hari akan gerun dan takut.
Meskipun ada baiknya perasaan takut itu wujud, bagi mendidik insan mengetahui kelemahan dirinya.
Kadang-kadang ibu bapa juga menggunakan cara mudah untuk melarang anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka, kononnya nanti dicekup hantu atau disembunyikan puaka dan sebagainya.
Tetapi jika difikirkan secara jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam kebingungan.
Cerita-cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan pelbagai nama, itulah sebenarnya yang menghantui masyarakat Melayu.
Berbagai-bagai tahyul direka cipta seolah-olahnya seperti suatu realiti. Untuk mengatasinya pula, direka pelbagai cara untuk menghindarinya seperti adat bersemah, berancak, berjamu makan kapada hantu, menjampi mantera yang dilarang syarak seperti minta tolong kepada hantu.
Atur cara pengubatan yang direka-reka ini merupakan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat, sehingga membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.
Perihal manusia meminta pertolongan kepada makhluk halus akibat ketakutan kepada mereka, bukannya perkara baru.
Dalam al-Quran Allah berfirman (mafhumnya): "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia (daripada kalangan lelaki), menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Surah al-Jin, ayat 6)
Dalam ayat ini, amat jelas Allah menyatakan, bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan dan ifrit sememangnya wujud dan wajib dipercayai adanya mereka.
Alam mereka sama dengan alam kita. Sebahagian mereka tinggal di atas muka bumi.
Jin-jin ini sebenarnya tidak berupaya untuk memberi perlindungan kepada manusia.
Sekadar menggertak atau menakut-nakutkan mungkin boleh.
Cuma manusia yang terlebih takut kepada mereka, sehingga menyebabkan pelbagai musibah, berlaku ke atas mereka.
Pada zaman sebelum TV wujud, pada zaman media massa tidak menyebarkan cerita-cerita makhluk halus, telah pun ada kalangan ibu bapa yang menakutkan anak-anak dengan hantu dan jembalang, kerana hendak memudahkan anak-anak tidur atau menghalang mereka keluar malam.
Cuba anda tanya diri anda sendiri dan buatlah sedikit penyelidikan dengan bertanya kawan. Ajukan soalan kepada mereka, pernahkah mereka terserempak atau melihat jin-jin (makhluk halus) dengan mata kepala mereka?
Cuba tanyakan lagi, pernahkah mereka benar-benar diganggu oleh mahluk halus dan apa bentuk gangguan mereka?
Pada saya, saya yakin anda sukar menemui mereka yang benar-benar melihat jin dan mengalami kerasukan. Ini menunjukkan realitinya jarang berlaku.
Yang wujud hanyalah rekaan dan khalayan semata-mata. Ia adalah ilusi dan gambaran yang sengaja dibuat. Tetapi ia tetap memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.
Suatu ketika, apabila suatu klip video yang tersebar di internet mengenai seksa kubur dengan mayat yang meraung kesakitan akibat terseksa hebat, menjadi heboh seketika, sehingga Kementerian Pelajaran melarang klip video itu ditayangkan atas alasan menakutkan kanak-kanak. Lalu ia diberhentikan serta merta.
Anehnya, apabila sesuatu yang berhubung dengan alam kubur, sedangkan seksa kubur itu benar dan wajib diimani, kesannya baik dan positif dari segi hukum syarak, malangnya diberhentikan tayangan atas alasan ia menakutkan.
Apakah tidak baik untuk kanak-kanak atau masyarakat umumnya, takut kepada seksa kubur yang pasti berlaku? Pada saya bagi orang Islam, wajib ditanamkan pada minda mereka bahawa seksa kubur sedang menunggu anda, yang fasik, berakhlak sumbang, berzina, mencuri atau merompak, yang meminum arak, akan menghadapi seksa kubur tersebut.
Dengannya akan terdidik semua kepada mencintai kebaikan dan menjauhi keburukan, bagi mengelak seksa kubur.
Apakah alasan tidak boleh ditayangkan kerana menakutkan hanya kepada hal-hal keagamaan yang mendidik ke arah kebaikan, sedangkan cerita-cerita tahyul tadi direkaciptakan, ia menakutkan, tetapi oleh kerana tiada kaitan dengan agama, ia dibolehkan.

Saturday, April 18, 2009

cinta,kasih,sayang dan ...

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buatmacam mana?tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Sunday, March 29, 2009

permainan kecil: GERBANG UKHWAH

Assalamualaikum...
Pernah main tak? ni laa task bagi PJK (teras)...



Langkah 1





1. Murid-murid membentuk barisan yang lurus memanjang.
2. Setiap antara mereka mestilah berpegangan tangan antara satu sama lain.
3. Murid-murid dikehendaki untuk tidak melepaskan tangan.
4. Hanya murid yang berada pada hujung dan pangkal barisan sahaja yang tangannya tidak berpegangan.






Langkah 2







1. Setiap tangan yang berjabat antara satu sama lain akan membentuk pintu gerbang apabila di angkat.
2. Setiap pintu gerbang akan dinyatakan berdasarkan nombor.
3. Berdasarkan gambarajah di atas orang yang berdiri pada kedudukan paling kiri dan dan besebelahan dengannya akan membentuk gerbang yang pertama.
4. Kemudiannya, gerbang yang seterusnya adalah berdasarkan kedudukan yang berikutnya.
5. Orang yang paling hujung sekali akan membentuk gerbang yang terakhir.
6. Seperti contoh di atas, orang yang terakhir akan membentuk gerbang yang terakhir iaitu gerbang yang ke empat.




Langkah 3





1. Bagi meneruskan permainan, koordinator yang dilantik akan memilih mana-mana gerbang untuk dimasuki oleh pemain.
2. Berdasarkan gambarajah di atas, koordinator telah memilih gerbang yang kedua.
3. Oleh hal yang demikian, pemain yang berada pada kedudukan paling hujung pada bahagian kiri dan kanan akan memasuki gerbang tersebut.
4. Pemain yang menjaga gerbang tersebut mestilah menjerit nombor gerbang mereka agar dapat menarik perhatian peserta paling hujung.
5. Pemain-pemain yang berikutnya akan mengikut pemain terbabit.
6. Mereka akan membentuk semula satu barisan yang panjang seperti kedudukan asal.
7. Pemenang akan ditentukan berdasarkan barisan yang paling cepat kembali kepada barisan yang lurus.
huhu.~~selamat mencuba.ukhwah fillah abadan abada!!!

Earth Our...sekadar simbolik atau???

Bismillahhirrahmanirrahim...
Semalam, hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur bergelap..penulis juga terasa kegelapannya. Kenapa? banyak orang bertanya menghantar SMS..kat mne???o dok dlm glp ke...ttup lmpu!!!..dan bnyk lgi...

'Earth Hour’ yang mula diperkenalkan di Sydney, Australia dua tahun lalu merupakan agenda penting sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan pemanasan iklim di peringkat global.

Sebanyak 84 buah negara, 2,848 bandar, 6,299 organisasi dan 21,014 perniagaan di seluruh dunia menyertai program tersebut dan satu bilion penduduk dari 1,000 bandar seluruh dunia disasarkan memberikan sokongan terhadap program tersebut.

Dalam hal ini, Malaysia pun tak ketinggalan...tapi dalam kita bergelap..seharusnya direnungkan bersama mengapa kita buat perkara ini. Jangan mengikut meng'k*****r buta'...nanti kita yang dok dalam gelap mcm die plak..duduk dlm gelap tanpa arah...huhu~~~ astaghfirullah...

Renungkan bersama

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١

(41) Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
ar-ruum ayat 41

Jadi, perkara ini, kita patut muhasabah bersama. Kerosakan ini berlaku atas kelekaan kita sendiri. Mereka yang bukan Islam pun menyedarinya. Jadi sebagai manusia, jangan berdiam diri saja. Sedari hakikat yang tugas khalifah itu antaranya mentadbir dan menguruskan alam.Wallahualam...
ainfayafa-jangan mengk*****r buta

Saturday, March 21, 2009

Islamic Glitter Graphic

Islamic Glitter Graphic